SEBUAH PROJEK KHAS YANG BAKAL MENGGEGARKAN DARI SELATAN TANAH AIR SEHINGGA UTARA SEMPADAN MERANGKUMI KEPULAUAN BORNEO UNTUK DINIKMATI OLEH MEREKA YANG GEMAR PADA BINATANG BERKAKI DUA.

Monday, April 17, 2006

Laporan Bergambar: Pre Reunion II


Ini merupakan Laporan Bergambar
Pre Reunion II : Lawatan sambil belajar ke Zoo Negara & Sekitar
Anda pasti teruja...

Memimpin anak lebih utama daripada memimpin suami ketika memasuki Zoo Negara

Kegembiraan wajah ibu dan anak jelas terserlah walaupun nak jumpa kawan lama di kandang

Biasa... Bergambar di depan pintu masuk utama secara berkumpulan

Lihatlah burung itu. Burung itu selalunya terbang tapi hari ni tak terbang
Si anak leka memerhati sang burung yang berada di atas sedangkan si ibu cuba menggayakan baju barunya
Perhati dan pelajari sesuatu. Suatu hari kamu juga akan ditempatkan di sini
Si kecil cuba disogokkan mainan yang murah dan tak menguji minda
Teka... Mana satu Sang badak? Mana satu Sang isteri? Hadiah lumayan menanti
Dirasakan amat perlu Zoo Negara ini diselenggara dengan baik...
Gambar dari belakang kadangkala lebih baik dari sisi...

Si anak mencari mamanya yang pergi entah ke mana...

Nampak mesra tapi saf tak rapat...


Siri bercakap dengan wanita bertudung merah jambu di dalam hutan

Mana satu air terjun tu... pandangan saya bukan kabur lagi. Dah gelap ni...


Suasana ini jarang diperolehi... Manis sekali sebab minum air bikarbonat.


Mandikan anak, sebelum anda dimandikan suami...

Kadangkala tempat tak muat untuk kita duduk bersama.

Inilah hasil akhir perpisahan perjumpaan kita. Sekelumit kenangan... Simpanlah di hati bukan di kaki

Sumber Gambar: Talip

Sunday, April 16, 2006

Pre-Reunion II: Lawatan Sambil Belajar

Sumber: Kamera Watie

Lokasi : Zoo Negara dan sekitar
Tarikh : 15 April 2006
Senarai kehadiran:
Atok & Kak Ani
Assisam
Watie & Suami
Talip & Jaja
Lynn
Lia
Eran
Abe & Isteri
Bujeq & Pah
Suhana
Shaiful & Isteri
Wanie & Suami
----------------
Perjumpaan kali ini agak memberangsangkan dengan penyertaan seramai 15 orang tidak termasuk anak-anak dan suami atau isteri bukan dari xsbp. Sekurang-kurangnya ada kemajuan dan ada peningkatan dari segi bilangan kehadiran. Walaupun program ini tidak dirancang dengan begitu sempurna tetapi semuanya berjalan dengan lancar dan jayanya. Tahniah kepada semua yang sudi meluangkan masa bersama yang indah ini.

Program bermula jam 10.30 pagi di mana semuanya berkumpul di hadapan pintu masuk Zoo Negara (ZN). Kemesraan jelas kelihatan apabila mereka berjumpa dan berupaya berkongsi pengalaman dan cerita-cerita lucu bersama. Ada juga cerita gembira. Semuanya macam nampak teruja aja. Itu yang kita mahu. Dengan cuaca yang baik, trip diteruskan di dalam ZN dengan tema Lawatan Sambil Belajar. Memerhati dan mempelajari mengenai haiwan-haiwan dan spesis yang ada di situ. Belajar habitat Kuda Padi. Mereka juga saling bertukar cerita diselangi dengan gelak tawa. Apatah lagi dengan adanya kehadiran Abe, Atok dan Bujeq sudah cukup untuk menggamatkan keriuhan ZN. Berupaya mengejutkan beruang, cipan dan tapir di ZN. Sebagai kenang-kenangan, mereka mengambil gambar bersama di pintu masuk utama. Masing-masing mempunyai kamera digitalnya untuk tidak melepaskan peluang. Talip sebagai jurufoto amatur tapi nampak profesional juga tidak melepaskan peluang untuk menangkap sudut-sudut yang dia rasakan bersesuaian. Terima kasih Talip. Tak sabar nak tengok hasilnya...

Sementara menunggu kehadiran Ceng Kong (CK) yang tak kunjung tiba, kami sekumpulan berehat seketika setelah penat berjalan. Ada juga yang membawa juadah seperti roti, kuih dan makanan ringan untuk dikongsi bersama. Ada juga tumpang sekaki. Dua kaki pun ada. Ada juga yang beli di kedai yang berhampiran. Takpelah...Walau apapun, masing-masing dapat berkongsi. Tapi, selepas ini semua peserta dikehendaki membawa makanan unik masakan sendiri untuk dikongsi bersama. Barulah adil kan...? Anak-anak kecil yang dibawa membawa karektor dan karenah masing-masing, namun begitu semuanya dapat ditangani oleh ibu-ibu yang cukup sabar dan memahami situasi persekitaran. All the best kepada ibu dan bakal ibu.

Setelah penat berjalan, mereka mengambil keputusan untuk menaiki perkhidmatan TRAIN yang disediakan bermula daripada habitat zirafah. Ada wakaf berhampiran. Di situ, sempat juga berbincang mengenai trip yang seterusnya. Masing-masing menikmati makanan ringan dan minuman yang dibeli di stokis yang berhampiran. Mereka nampak mesra dan boleh bergurau senda seperi dulu.

TRAIN pertama penuh, TRAIN kedua pun penuh. TRAIN ketiga ada banyak kosong. Di dalamnya juga ada CK yang ditunggu-tunggu dengan senyum lebar kepala tergeleng-geleng. Hehehe.. TRAIN ketiga kami naik dengan gembira. Padat dengan kumpulan kita. Maklumlah semua nampak macam begitu teruja untuk mengelilingi ZN. Dapat rehat. Sayangnya tiada pemandu pelancong di dalam TRAIN tersebut untuk memberitahu kami. Jadi, Atok ambil peranan. Masing-masing nampak riang dan gembira walaupun sudah keletihan agaknya. Semua tak mahu turun dari TRAIN walaupun dah sampai ke destinasi pintu hadapan. Ingin membuat satu pusingan lagi. Masih tak puas lagi. Ish.. ish.. Apalah korang ni...

Setelah satu pusingan dibuat. Barulah semua rasa gembira dan puas di hati. Agenda seterusnya adalah berkumpul di pintu masuk utama. Kutipan dibuat untuk membeli juadah makan tengahari. Ikhlas ye... Makan KFC. Yeah... Tanpa sebarang perancangan, destinasi seterusnya adalah di Jeram Air Terjun Kg. Kemensah. Semua rasa tak sabar ke sana. Sambil makan KFC sambil menikmati persekitaran. Kami berkonvoi ke sana. dalam perjalanan ada kemalangan berlaku. Ya, kesan kemalangan itu, setidak-tidaknya dapat mengimbau kembali perjumpaan yang manis ini. Semua teruja apabila melihat air jernih yang mengalir. Takde sape yang mandi kecuali si kecil sebab mereka semua tak sanggup mandi bogel takut lelabah air merayap. Tapi mereka melantak dulu. Si ibu terpaksa melayan karenah si kecil kerana semuanya keseronakan untuk berendam. Rugi bagi mereka yang tak pergi... Ishh.. Rasa macam nak pergi sekali lagi. Sebab masa sangat singkat dan tak sempat nak buat.


Pertemuan kali ni diakhiri dengan bersalaman. Berpelukan bagi yang perempuan. Semoga berjaya semuanya. Terima kasih kepada semua. Jumpa lagi di lain masa. Kehadiran anda memberi pelbagai makna. Kehadiran anda mewarnai suasana. Jika ada tambahan kepada laporan ini sila kemukakan di ruangan komen. :)
JUMPA LAGI...

Sunday, April 02, 2006

Panduan Kacamata Anda pada hari kejadian

satu

dua

tiga

empat


lima


enam


tujuh

tujuh

lapan
sembilan

sepuluh


sebelas

dua belas
tiga belas
empat belas


lima belas

enam belas

tujuh belas

lapan belas

sembilan belas


dua puluh

dua puluh satu

dua puluh dua

dua puluh tiga

dua puluh empat






Saturday, April 01, 2006

Panduan Topi Anda pada hari Kejadian

satu
dua

tiga

empat

lima

enam

tujuh

lapan

sembilan

sepuluh

sebelas


dua belas

tiga belas

empat belas

lima belas

enam belas

tujuh belas
lapan belas




sembilan belas

dua puluh
dua puluh satu

dua puluh dua
dua puluh tiga
dua puluh empat
dua puluh lima
dua puluh enam
dua puluh tujuh
dua puluh lapan
dua puluh sembilan

tiga puluh

tiga puluh satu

tiga puluh dua