SEBUAH PROJEK KHAS YANG BAKAL MENGGEGARKAN DARI SELATAN TANAH AIR SEHINGGA UTARA SEMPADAN MERANGKUMI KEPULAUAN BORNEO UNTUK DINIKMATI OLEH MEREKA YANG GEMAR PADA BINATANG BERKAKI DUA.

Sunday, September 23, 2007

Jom Berbuka Puasa berjemaah pada 24 Ramadhan 1428

Seperti tahun-tahun sudah. Penganjur dengan rasa hidung kembang tetap menganjurkan Majlis Berbuka Puasa Berjemaah sebagai acara tahunan. Maklumat lanjut seperti berikut:

Tarikh :
6 Oktober 2007 bersamaan 24 Ramadhan 1428 (Sabtu)

Masa :
Bermula jam 4.30 pm

Tempat :
No 43 jalan Pulau Angsa U10/26, Tmn Puncak Perdana 40150 Shah Alam, Selangor.

Sila rujuk peta di bawah untuk ke tempat kejadian.

Tema :
Majlis berbuka puasa yang kita rindukan dengan penuh makna.

Pakaian :
Sopan dan serba bersih.

Makanan :
'Potluck'. Bawa yang orang lain suka makan, jangan bawa yang anda suka saja.

Semua kawan-kawan yang kita suka dijemput hadir sama membawa pasangan atau datang seisi keluarga. Kalau bujang, datanglah berteman. kali ini lebih daripada 30 orang dijemput hadir. Darab saja dengan 2. Ramai kan? Pasti sarat tempat kejadian. Riuh-rendah. Harap anda boleh hadir walaupun dah nak dekat Raya.

Penginapan disediakan bagi yang ingin menginap. Surau disediakan oleh pihak penganjur. Cawan dan pinggan mangkuk disediakan oleh tuan rumah. Terima kasih tuan rumah. Sila kompemkan kehadiran anda melalui SMS atau ruangan komen di laman ini.


Senarai kehadiran setakat ini (akan dikemaskini) dan 'potluck'

1. Abe + Yana : Spagethi Klang + Air suam
2. Atok + Hani : Puding karamel + Air cincau
3. Lynn : Roti Jala Gulung + kuah kari
4. Padil + wife : Ayam goreng (seperti tahun sudah)
5. Suhana + Jai : Rendang ayam yang secukup rasa Kuew teow kerang lebih
6. Talip + Jaja : Pasemboq & Air soya cap ping pong
7. Misai + wife : Yong Tau Fu Aloq Staq
8. Am + nurul : Satey Pontian
9. CengKong + nurul : Ayam golek sekor + kuih lompat tikam
10. Eran : Roti bom tebabo + ulam-ulaman
11. Kaizal + Haiza : Ayam golek inti bagedil
12. Faizal Macho + Ida : Nasi Beriyani Kukus + Kuih tako
13. Lia : Tak dapat hadir. Dia krim salam semua.
14. Adi + wife : Tak dapat hadir. Dia kirim salam semua.
15. Tee Szu Fong : Air buah-buahan

Carilah potluck yang tak ada lagi. Takut makanan melambak jadi membazir pula. Sekian terima kasih. Oh ya, untuk mendapatkan hidangan yang seimbang sila lebihkan buah-buahan. Ya, buah-buahan yang sedap.


Tempat kejadian boleh diakses melalui pengangkutan sendiri dan pengangkutan awam

Pengangkutan awam
1. Bas
Naik Bas Rapid KL No T605 dan berhenti di UiTM Puncak Perdana. Dengan syarat tunggu bas tersebut sekitar Shah Alam.

2. Komuter
Stesen komuter paling hampir dengan tempat kejadian adalah stesen Batu Tiga. Anda boleh memilih menaiki cab, menaiki bas, menumpang orang atau telefon saja kawan yang anda suka untuk dijemput.

3. Kapal Terbang
Lapangan Terbang terdekat adalah lapangan terbang Sultan Abdul Aziz Syah, Subang kemudian ambil cab dengan tambang tidak lebih daripada RM20

Pengangkutan persendirian.
Ada beberapa laluan alternatif yang boleh diikuti untuk sampai ke tempat kejadian.
1. Lebuhraya Persekutuan.
2. MRR2 terus ke Sungai Buloh.
3. NKVE
4. KESAS

Dari laluan-laluan tersebut ambil laluan ke Shah Alam, Puncak Alam, Rawang & Kuala Selangor. Jika anda daripada Pusat Bandar Shah Alam, tidak jadi masalah. Terus saja menuju ke luar ambil laluan ke Guthrie Corridor Expressway (GCE). Sebagai penanda, cari Politeknik Shah Alam. Di situ terdapat satu simpang empat berlampu isyarat. Ikut signboard GCE, Rawang, Ipoh dari simpang empat tersebut. Apabila anda sudah memandu di mana GSE bermula, sebelum tol ambil EXIT 3506 (lebih kurang 4 km dari lampu isyarat) dan susur kiri, belok kanan lepas lampu isyarat, balas kiri (curve). Anda akan melalui sebelah Lebuhraya Guthrie sehingga berjumpa satu lampu isyarat di jejambat. Ikut laluan 15 ke Batu Arang dan Kuala Selangor (belok kiri). Terus saja mengikuti laluan 15, jalan yang berbukit-bukit. Sehingga anda berjumpa Bandar Nusa Rhu di sebelah kiri anda (lebih kurang 5 km dari simpang lampu isyarat di jejambat). Ada dua jalan masuk ke Puncak Perdana. Satu sebelum UiTm Puncak Perdana. Dua Selepas UiTM Puncak Perdana. Pilihlah mana anda suka. Dah hampir sampailah ke tempat kejadian. Carilah alamat tempat kejadian.

Jika sesat, telefon kami atau telefon polis.