SEBUAH PROJEK KHAS YANG BAKAL MENGGEGARKAN DARI SELATAN TANAH AIR SEHINGGA UTARA SEMPADAN MERANGKUMI KEPULAUAN BORNEO UNTUK DINIKMATI OLEH MEREKA YANG GEMAR PADA BINATANG BERKAKI DUA.

Sunday, April 16, 2006

Pre-Reunion II: Lawatan Sambil Belajar

Sumber: Kamera Watie

Lokasi : Zoo Negara dan sekitar
Tarikh : 15 April 2006
Senarai kehadiran:
Atok & Kak Ani
Assisam
Watie & Suami
Talip & Jaja
Lynn
Lia
Eran
Abe & Isteri
Bujeq & Pah
Suhana
Shaiful & Isteri
Wanie & Suami
----------------
Perjumpaan kali ini agak memberangsangkan dengan penyertaan seramai 15 orang tidak termasuk anak-anak dan suami atau isteri bukan dari xsbp. Sekurang-kurangnya ada kemajuan dan ada peningkatan dari segi bilangan kehadiran. Walaupun program ini tidak dirancang dengan begitu sempurna tetapi semuanya berjalan dengan lancar dan jayanya. Tahniah kepada semua yang sudi meluangkan masa bersama yang indah ini.

Program bermula jam 10.30 pagi di mana semuanya berkumpul di hadapan pintu masuk Zoo Negara (ZN). Kemesraan jelas kelihatan apabila mereka berjumpa dan berupaya berkongsi pengalaman dan cerita-cerita lucu bersama. Ada juga cerita gembira. Semuanya macam nampak teruja aja. Itu yang kita mahu. Dengan cuaca yang baik, trip diteruskan di dalam ZN dengan tema Lawatan Sambil Belajar. Memerhati dan mempelajari mengenai haiwan-haiwan dan spesis yang ada di situ. Belajar habitat Kuda Padi. Mereka juga saling bertukar cerita diselangi dengan gelak tawa. Apatah lagi dengan adanya kehadiran Abe, Atok dan Bujeq sudah cukup untuk menggamatkan keriuhan ZN. Berupaya mengejutkan beruang, cipan dan tapir di ZN. Sebagai kenang-kenangan, mereka mengambil gambar bersama di pintu masuk utama. Masing-masing mempunyai kamera digitalnya untuk tidak melepaskan peluang. Talip sebagai jurufoto amatur tapi nampak profesional juga tidak melepaskan peluang untuk menangkap sudut-sudut yang dia rasakan bersesuaian. Terima kasih Talip. Tak sabar nak tengok hasilnya...

Sementara menunggu kehadiran Ceng Kong (CK) yang tak kunjung tiba, kami sekumpulan berehat seketika setelah penat berjalan. Ada juga yang membawa juadah seperti roti, kuih dan makanan ringan untuk dikongsi bersama. Ada juga tumpang sekaki. Dua kaki pun ada. Ada juga yang beli di kedai yang berhampiran. Takpelah...Walau apapun, masing-masing dapat berkongsi. Tapi, selepas ini semua peserta dikehendaki membawa makanan unik masakan sendiri untuk dikongsi bersama. Barulah adil kan...? Anak-anak kecil yang dibawa membawa karektor dan karenah masing-masing, namun begitu semuanya dapat ditangani oleh ibu-ibu yang cukup sabar dan memahami situasi persekitaran. All the best kepada ibu dan bakal ibu.

Setelah penat berjalan, mereka mengambil keputusan untuk menaiki perkhidmatan TRAIN yang disediakan bermula daripada habitat zirafah. Ada wakaf berhampiran. Di situ, sempat juga berbincang mengenai trip yang seterusnya. Masing-masing menikmati makanan ringan dan minuman yang dibeli di stokis yang berhampiran. Mereka nampak mesra dan boleh bergurau senda seperi dulu.

TRAIN pertama penuh, TRAIN kedua pun penuh. TRAIN ketiga ada banyak kosong. Di dalamnya juga ada CK yang ditunggu-tunggu dengan senyum lebar kepala tergeleng-geleng. Hehehe.. TRAIN ketiga kami naik dengan gembira. Padat dengan kumpulan kita. Maklumlah semua nampak macam begitu teruja untuk mengelilingi ZN. Dapat rehat. Sayangnya tiada pemandu pelancong di dalam TRAIN tersebut untuk memberitahu kami. Jadi, Atok ambil peranan. Masing-masing nampak riang dan gembira walaupun sudah keletihan agaknya. Semua tak mahu turun dari TRAIN walaupun dah sampai ke destinasi pintu hadapan. Ingin membuat satu pusingan lagi. Masih tak puas lagi. Ish.. ish.. Apalah korang ni...

Setelah satu pusingan dibuat. Barulah semua rasa gembira dan puas di hati. Agenda seterusnya adalah berkumpul di pintu masuk utama. Kutipan dibuat untuk membeli juadah makan tengahari. Ikhlas ye... Makan KFC. Yeah... Tanpa sebarang perancangan, destinasi seterusnya adalah di Jeram Air Terjun Kg. Kemensah. Semua rasa tak sabar ke sana. Sambil makan KFC sambil menikmati persekitaran. Kami berkonvoi ke sana. dalam perjalanan ada kemalangan berlaku. Ya, kesan kemalangan itu, setidak-tidaknya dapat mengimbau kembali perjumpaan yang manis ini. Semua teruja apabila melihat air jernih yang mengalir. Takde sape yang mandi kecuali si kecil sebab mereka semua tak sanggup mandi bogel takut lelabah air merayap. Tapi mereka melantak dulu. Si ibu terpaksa melayan karenah si kecil kerana semuanya keseronakan untuk berendam. Rugi bagi mereka yang tak pergi... Ishh.. Rasa macam nak pergi sekali lagi. Sebab masa sangat singkat dan tak sempat nak buat.


Pertemuan kali ni diakhiri dengan bersalaman. Berpelukan bagi yang perempuan. Semoga berjaya semuanya. Terima kasih kepada semua. Jumpa lagi di lain masa. Kehadiran anda memberi pelbagai makna. Kehadiran anda mewarnai suasana. Jika ada tambahan kepada laporan ini sila kemukakan di ruangan komen. :)
JUMPA LAGI...

4 Comments:

Anonymous Anonymous said...

MEMANG TAK RUGI...PERTEMUAN YANG SUNGGUH MENYERONOKAN...
WALAUPUN AGAK PENAT..MAKLUMLAH..AKU TERPAKSA BANGUN SEAWAL 6 PAGI...BERSIAP-SIAP, MASAK ALA KADAR..UNTUK SUAMI DAN SIKECIL...PKL 8AM BTOLAK DARI KUANTAN...MEMAKAN MASA AGAK LAMA DAN DUIT UTK MINYAK DAN TOL... TAPI ITU BUKANLAH PERSOALANNYA..BUKANKAH DUIT ITU BOLEH DICARI.... TAPI KENGKAWAN TAK BOLEH DICARI DENGAN DUIT...BETUL TAK???

TERIMA KASIH KEPADA PENCETUS IDEA PERJUMPAAN INI..AS DAN ATOQ..DAN KENGKAWAN YANG HADIR..
LAIN KALI BOLEH BUAT LAGI...
KEPADA KENGKAWAN LAIN YANG BELUM MENGIKUTINYA...JANGAN LEPASKAN PELUANG UNTUK PERJUMPAAN YANG AKAN DATANG... MEMANG TERUJA...
LOVE:ROSMAWATI & FAMILY

9:30 PM

 
Anonymous Anonymous said...

wonderfull...
marvelous.........
excited.............
apa lagi nak kata ek...
mmg best...
sape tak pegi mmg rugi....
u'll the best.............
semoga kiter kan jumpa lagi...
lagi hebat dari ni..

10:42 PM

 
Anonymous Anonymous said...

apsal...bebudak lelaki tak berpelukan macam bebudak perempuan...

SEMOGA BERJUMPA LAGI...
TAK SIA-SIA PERJALANAN KAMI...
SEHINGGA BANTAL BUSUK ANAKKU TERPAKSA DIPOS KE MARI...
SEBAB TERUJA NAK JUMPA KENGKAWAN KAMI.

-jaja-

12:02 AM

 
Blogger Norhaizan Mustapha said...

wah bagus-bagus lah.. kau orang ni. ada reunion macam ni.

9:09 PM

 

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home