SEBUAH PROJEK KHAS YANG BAKAL MENGGEGARKAN DARI SELATAN TANAH AIR SEHINGGA UTARA SEMPADAN MERANGKUMI KEPULAUAN BORNEO UNTUK DINIKMATI OLEH MEREKA YANG GEMAR PADA BINATANG BERKAKI DUA.

Sunday, August 03, 2008

BBQ D' Pantai Kelanang


Mini gathering siri I / 2008 (Lembah Klang)

Kehadiran :
Atok's family
Abe's family
Am's family
Suhana's family
Lynn
Eran (tidak hadir dengan sebab yang kukuh lagi konkrit)
Khaizal's family (tidak hadir dengan sebab sangat kukuh - sakit pinggang)
Misai's falmily (tidak hadir ada marmar dari China baru sampai, so dia kena pantau.)
Sham's family (tidak dapat hadir tolong pindah rumah.)
Ckong's family (kurang sihat)
Faizal's family (pantau kontraktor. Memohon maaf.)
Bujeq's family (sorry ada hal tak dapat datang. Memamg nak pi pun.)

Terima kasih bagi yang hadir. Tak hadir dengan alasan, dimaafkan. Tak hadir dengan senghaja. Hak ptuii!!

Pertemuan yang singkat di Pantai Kelanang. Sudah cukup bagi melengkapkan aktiviti bbq di sana. Pastinya menjanjikan keseronokan sesegar daun pudina. Macam-macam kami menikmati. Mee hoon, roti salut berinti keju, sandwich, mee kuning, bubur kacang, cekodok, rambutan, sirap bandung ais, ayam panggang, kek coklat, buah tembikai yang besar, fun fries, nugget, muffin dan makanan ringan. Kami juga menikmati keindahan ciptaan Tuhan.

Pergh! Kau bayangkan menikmati semua hidangan di atas sambil ditiup angin sepoi-sepoi bahasa. Dengan mulut sambil menceceh. Kanak-kanak kegembiraan sampai ada yang menangis terlalu gembira. Kemudian, datang malaikat mencatat kebaikan. Kami tak membuat pembakaran terbuka. Mujurlah ada kereta yang sudi dijadikan meja. Terima kasih kepada tuan punya kereta itu.

Kemudian, kami juga menikmati aroma terapi perasa blueberry. Bukan angin di pantai situ tak berapa sedap. Cuma kami menyokong kerja kawan-kawan untuk menyedut aroma itu. Jadi, kami hanya mengharapkan secebis kenangan ini tercatat dalam sejarah masa kami. Rugi sungguh bagi yang tah hadir. Sungguh!

"Khaizal tak datang ke?" Am.

"Khaizal sakit pinggang." Aku.

"Khai ada pinggang?" Am.

Hahaha, semua gelak. Kecuali aku. Semua diam. Aku gelak pulak!

Sekian.
Klik untuk foto-foto menarik. SINI

Next mini gathering siri II/2008 di Lost World of Tambun, Perak [Disember 2008]. Jumpa di sana. Tunggu di pintu masuk utama. Ada oltromen tunjuk jalan. Mungkin.

Gathering Perdana kita 2010 [Pantai Timur] Host kita : Rosmawati

Taburkan janji manis ini pada semua! Dari mulut ke mulut itu kuasanya luar biasa!

.