SEBUAH PROJEK KHAS YANG BAKAL MENGGEGARKAN DARI SELATAN TANAH AIR SEHINGGA UTARA SEMPADAN MERANGKUMI KEPULAUAN BORNEO UNTUK DINIKMATI OLEH MEREKA YANG GEMAR PADA BINATANG BERKAKI DUA.

Thursday, May 01, 2008

Jom Gathering


Salam semua,

PENGENALAN

Ini adalah iklan promosi untuk MENGAJAK dan MERAYU pada semua GENG XSBP (B.URP)2000/2001 untuk bersama-sama menjayakan 'GATHERING PERDANA XSBP – ZON UTARA'. Termasuklah GENG XSBP – TEAM DIRECT ENTRY. Selepas ini akan disebut plannersNET (merujuk kepada Geng XSBP). Sebenarnya tidaklah begitu penting perjumpaan ini, berbanding kerjaya kalian yang pastinya menjanjikan nama, populariti serta pangkat dan tentunya wang ringgit. Namun, team penganjur ingin meminta sedikit ruang dan peluang daripada semua untuk merapatkan jurang persahabatan melalui semangat setia kawan dan keluarga perancang yang semakin lama semakin jauh jurangnya. Nah, sekarang inilah peluangnya, korbankan sedikit wang, berikan sedikit kudrat, dan asingkanlah sedikit hari (dari kerja dan kerjaya) untuk kita berhimpun bagi merapatkan semula jurang persahabatan itu. Kalian akan tanya. Kenapa mesti di utara? Demi menyahut tahun melawat Kedah 2008, kami adakan di sana. Lagipun, tahun ini giliran utara menjadi tuan rumah.

***
Peringatan 1:
Kera adalah tidak berkaitan dengan program ini. Khususnya kera sumbang! Isteri atau suami kalian juga termasuk dalam komuniti plannerNET. Oh ya, anak-anak kalian juga.


MASA & TEMPAT

Ok, Gathering kita pada kali ini akan diadakan pada tarikh dan ketentuan masa seperti berikut:

Tarikh :
1 - 4 May 2008 (1 Mei Hari Buruh dude!),
Bagi negeri-negeri yang cuti pada hari Jumaat dan Sabtu. Kalian dicadangkan mengambil cuti pada hari Ahad. Perkataan dicadangkan digunakan.
Bagi negeri-negeri yang cuti pada hari Sabtu dan Ahad. Kalian dipaksa mengambil cuti pada hari Jumaat. Perkataan dipaksa digunakan.

Sila minta cuti sehari dari majikan masing-masing atau diri sendiri bagi yang bekerja sendiri. Blok kalendar kalian pada tarikh ini. Kami dah beritahu awal, terpulang pada kalian untuk mengatur jadual.

***
Peringatan 2:
Lenyapkan tarikh keramat in daripada kalendar anda sama ada dirumah atau pejabat, supaya dirumah siisteri/suami tidak akan terjumpa tarikh itu utk aktivitinya yang lain dan majikan tidak akan melihat tarikh itu utk aktiviti pejabatnya.


Tempat :
Penginapan INSPIN, Alor Setar (sila singgah di rumah host terlebih dahulu kerana kita melalui Sg. Petani terlebih dahulu.) Siapa host kali ini? Talip & Jaja & Sekutunya di teratak barunya.
Kita akan berlegar sekitar SG. PETANI - ALOR STAR – PADANG BESAR.

Pengangkutan :
Anda digalakkan berkongsi kenderaan bagi mengelakkan kesesakan jalan raya. Sila hubungi team penganjur dan ahli kabinet yang tinggal di Negeri kedah.

Bajet :
Sediakan wang secukupnya untuk bayaran-bayaran berikut:
Sewa penginapan,
Makanan & minuman,
BBQ,
Collection doorgift,
Hadiah Sukan Rakyat; dan
bayaran-bayaran lain yang anda sedia maklum.

Sekiranya alasan wang tidak mencukupi, kemudahan ATM boleh didapati berhampiran anda. ATAU pinjam dulu dari yang berkenaan.

Penginapan :
INSPIN LODGE (formerly known as KIM)
Tel : 04-7203708
En Hafiz. : 012-5818205 (untuk sukan)
- rujuk ilustrasi di bawah

Petunjuk (dari kanan ke kiri)

Tingkat Bawah :
Teratai 1 (1 Queen Sized Bed) – Berhawa dingin RM80
Teratai 2 (4 beds) – Berhawa dingin RM90
Teratai 3 (4 beds) – Berhawa dingin RM90
Teratai 4 (1 Queen Sized Bed) – Berhawa dingin RM80

Tingkat 1
Melor 1 (3 beds) – Berhawa Dingin RM85
Melor 2 (6 beds) – Kipas RM25 per head
Melor 3 (7 beds) – Kipas RM25 per head
Melor 4 (1 Queen Sized Bed & 2 Single Beds – Family Room) Berhawa Dingin RM90
Melor 5 (1 Queen Sized Bed & 2 Single Beds – Family Room) Berhawa Dingin RM90
Melor 6 (7 beds) – Kipas RM25 per head
Melor 7 (6 beds) – Kipas RM25 per head
Melor 8 (3 beds) – Berhawa Dingin RM85

Tingkat 2
Anggerik 1 (3 beds) – Berhawa Dingin RM85
Anggerik 2 (6 beds) – Kipas RM25 per head
Anggerik 3 (7 beds) – Kipas RM25 per head
Anggerik 4 (1 Queen Sized Bed & 2 Single Beds – Family Room) Berhawa Dingin RM90
Anggerik 5 (1 Queen Sized Bed & 2 Single Beds – Family Room) Berhawa Dingin RM90
Anggerik 6 (7 beds) – Kipas RM25 per head
Anggerik 7 (6 beds) – Kipas RM25 per head
Anggerik 8 (3 beds) – Berhawa Dingin RM85

Host dah booking bilik 1, 4, 5, 8 (gunakan bilik yang host booking dulu.) - Setakat ini ada 1 bilik kosong.

Jika ada tambahan, hang boleh booking sendiri dengan menghubungi no. tel di atas. Sekiranya, tidak mahu menginap di INSPIN. Kalian boleh menguruskan sendiri dengan menempah awal di hotel berikut :
Hotel Casa Lagenda, Sungai Petani (dekat ngan umah host), 04-4258972
Rate RM80 - RM100 /mlm, dekat shopping kompleks. Klik untuk PETA


__
List Penginapan.

Anggerik 1 (3 beds) – Berhawa Dingin RM85
- Eran, Lynn, Lia Chup! -
Anggerik 4 (1 Queen Sized Bed & 2 Single Beds – Family Room) Berhawa Dingin RM90
- Ahtok's family Chup! -
Anggerik 5 (1 Queen Sized Bed & 2 Single Beds – Family Room) Berhawa Dingin RM90
- Rosma's family Chup! -
Anggerik 8 (3 beds) – Berhawa Dingin RM85
- kosong -
Teratai 1 (1 Queen Sized Bed) – Berhawa Dingin RM80
- Khai's family Chup! -
Teratai 4 (1 Queen Sized Bed) – Berhawa Dingin RM80
- Abe's family Chup! -


Panduan Program Kasar :
Agenda terperinci dikemaskini dari semasa ke semasa. Tapi, pengisian kali ini ada mengandungi elemen-elemen berikut:

a/ Sesi ice-breaking. Ta'aruf
Kalian dikehendaki menulis nama di atas dua (2) helai kertas yang disedikan dan menyerahkannya semasa pendaftaran.

b/ Sesi Tazkirah & Talkin

c/ Lawatan sambil belajar
Kalian dikehendaki memakai konsep / tema pakaian gath tahun ini. Juga ambil peluang untuk merakmkan kenangan kalian.

d/ Sesi Makan beradap
Kalian digalakkan membawa potluck yang kalian masak sendiri. Jika beli ditolak sama sekali. Puding jagung misalnya. Kuih brownies ke, Kuih karipap inti daging ke. dsb. Untuk kita kongsi bersama baik ketika makan malam dan juga BBQ. Adalah digalakkan makanan yang tahan lama.

e/ Sukan Rakyat yang kita suka
Kalian akan dibahagikan kepada kumpulan. Sebelum sukan bermula pastikan anda di kumpulan yang betul. Kalian dikehendaki memakai konsep / tema pakaian gath tahun ini.

f/ Sesi pertukaran hadiah
Setiap individu diWAJIBkan membawa hadiah dengan nilai RM20 dan ke atas. Dibungkus cantik-cantik dengan pembalut bermutu. Jika kalian datang bersama suami, dia juga harus bawa. Sebaliknya juga untuk isteri. Syarat lain hadiah berbentuk material. Makanan, Bahan beracun, Bahan toksik, Bahan Mudah Meletup, Bahan yang mengandungi unsur porno dan yang sewaktu dengannya TIDAK DIBENARKAN sama sekali. Pihak penganjur berhak menolak mana-mana hadiah yang difikirkannya tidak sesuai. Haha!

g/ Sesi cabutan bertuah
Kami mengalu-alukan sumbangan dari kalian dalam bentuk benda material (bukan wang) spt alatulis ka, buku ka, komputer riba ka, telefon bimbit ka, kamera ka. Kereta ka dsb. Setakat ini ada sumbangan daripada penaja berikut :

Ahtok - Novel seram 10 Naskhah.


h/ Sesi borak-borak sampai mata lebam
Jangan lepaskan peluang ini untuk bertanya khabar dan bertukar pengalaman.

i/ Sesi fotografi spontanius
Gambar anda akan dirakam pada bila-bila masa saja. Awas tingkahlaku anda. Pose yang terbaik juga akan memenangi hadiah.

j/ Sesi penjualan buku / cenderahati
Sila sediakan wang secukupnya untuk anda membeli buku atau cenderahati yang dijual oleh kawan-kawan yang kita suka.

k/ Sesi nyanyi-nyanyi
Setiap yang hadir, setidak-tidaknya menyumbangkan sebuah lagu untuk tatapan umum. Ada hadiah menarik bagi yang menang.

l/ Sesi main bowling
Sila berlatih terlebih dahulu sebelum ke gelanggang bowling. Dan pastikan saiz kasut yang bersesuaian untuk mengelakkan melecet.

m/ Sesi anugerah
Anugerah ini layak untuk mereka yang HADIR saja. Kami mengalu-alukan sumbangan individu untuk menaja anugerah dalam bentuk wang ringgit RM20 sahaja. Hadiah anugerah akan didahulukan oleh Unit Cenderahati dalam bentuk plak/ trofi/ frame/bongkah emas/ jongkong timah / Unit Cenderahati fikirla sendiri! Hadiah itu kalian boleh banggakan atau riak kepada mereka yang tak hadir!
Setakat ini kita ada penaja seperti berikut :

1. Anugerah Peraga Bergaya Glemor (P) -
Penaja : Rosmawati Abd. Wahab

2. Anugerah Peraga Bergaya Glemor (L) -
Penaja : Ahmad Fauzi Hj. Yusoff

3. Anugerah Tampak Kekal Terbaik (P) -
Penaja : Mahani Mohamad Yahya

4. Anugerah Tampak Kekal Terbaik (L) -
Penaja : Norhisam Hussain

5. Anugerah Awet Muda Tip-Top Terbaik -
Penaja : Abd. Talip Abd. Rahman

6. Anugerah Rakan Kita Suka Terbaik -
Sponsor : Ahmad Fauzi Hj. Yusoff

7. Anugerah Perkembangan Terbaik -
Penaja : Asmidah Sisam

8. Anugerah Personaliti Paling Popular -
Penaja : Hairunizam Ismail

9. Anugerah Individu Santai Terbaik -
Penaja : Mahiran Ibrahim

10. Anugerah Individu Sibuk Terbaik -
Penaja : Nor Azlina Salleh

11. Anugerah Slogan Pilihan Terbaik -
Penaja : S. Ganesan

12. Anugerah Unik Khas Asas Kita Sama -
Penaja : Nor Azliza Jamian


n/ Sesi penyerahan untuk tuan rumah 'next gathering'
Pengumuman oleh Pengarah Projek dan pemilihan host 'next gath' tahun 2010.


o/ Sesi usul dan cadangan ditutup.



TENTATIF PROGRAM (4 HARI 3 MALAM)

1 Mei 2008 (Khamis) - KETIBAAN

2.00pm – 5pm
Ketibaan Tetamu (Check In Hotel)
Sesi Pendaftaran I
* Mengisi buku kehadiran, kemaskini alamat dan drop your business card

8.30pm - 10.00pm
Makan Malam (Mamak Restoran)
Sembang Malam
- Topik : "SAMBUTAN GATH KITA & KERELEVANANNYA DALAM MENGEMASKINI MAKLUMAT AHLI" (Panjang tajuk ni!)
- Ahli : Kabinet dan ahli yg hadir awal (option sahaja)
Rehat/Tidur

*Singgah sebentar di rumah Host, Sg. Petani.

2 Mei 2008 (Jumaat) - SUKAN & LAWATAN

8.00am – 9.00am
Sarapan Pagi - Nasi Lemak Ayam Bungkus + Air Susu Segar + Kuih Karipap

9.00am -9.30am
Mari Bersenam/senamrobik - Moderator: Host/Ajk Sukan

9.30am-12.30pm
Sukan Rakyat yang kita suka - Moderator : Sukarela / Ajk Sukan
1/ Lontaran Ke Belakang Belon Berisi Air (Istilahnya: Ballon's Best!)
2/ Tiup Belon Sampai Pecah (Istilahnya: Ballon's Tebabo!)
3/ Tiup Belon Selit di Peha Melompat Seperti Kanggaru (Istilahnya: Ballon's Jumping!)
4/ Cari Belon Dalam Mangkuk Berisi Air (Istilahnya: Ballon's Aqua)
Pemenang dapat hadiah! Pengalah kena lontar belon berisi air sampai pecah!

12.30pm-2.30pm
Makan Tengah Hari - di Sala Klasik Restoran
/ Solat Jumaat/Rehat

2.30pm-6.30pm
Lawatan Sambil Belajar : Putaq Aloq Staq (Muzium Padi – Tasik Darulaman – Menara Alor Star)

6.30pm-8.30pm
Solat Maghrib/Makan Malam/ Rehat
Sesi Pendaftaran II

8.30pm-11.00pm
Karaoke (VILLAGE MALL, SG. PETANI)
Bowling (PARK AVENUE BOWLING CENTRE, SG. PETANI) – Host belanja. Haha!

11.00pm
Rehat / Tidur / Bebas

3 Mei 2008 (Sabtu) - JOM SHOPPING & RIADAH

8.00am – 9.00am
Sarapan Pagi - Kopitiam

9.00am-12.30am
Lawatan ke Gua Kelam (boleh di luar atau di dalam gua)

12.30pm-2.30pm
Makan Tengahari (Restoran Bersebelahan Tasik Timah Tasoh) / Solat / Rehat

2.30pm-6.00pm
Jom Shopping (Padang Besar)

7.30pm-8.30pm
Solat Maghrib/Makan Malam / Rehat

8.30pm-12.00pm
Berbeque Ayam, Ikan, Ketam, Kerang (Di Perkarangan INSPIN)
Bacaan doa dalam puisi (persembahan pembukaan)
Persembahan artis jemputan (Jamal Pak Tongkol)
Excahange Hadiah
Penyampaian Hadiah Sukan Rakyat
Penyampaian Anugerah
Sembang-sembang

12.00pm
Rehat / Tidur

4 Mei 2008 (Ahad) - PENYERAHAN MANDATE NEXT GATH

8.00am – 9.00 Am
Sarapan Pagi - Roti banjir + Teh O + Telur Separuh Masak.

9.00am-10.00am
Check Out!
Sesi Bergambar
Menuju ke Rumah host (Singgah)
Serah Mandate (rumah host - Sg. Petani)
Bersiap Bertolak Balik

***
Peringatan 3 :
Ingat! Kalian bertandang ke rumah host jangan bawa buah je. Bawalah something yang boleh kita kongsi bersama untuk diukir sebagai kenangan terindah. Kek misalnya, Coklat Forre Roche (macam mana eja!) misalnya, Puding jagung misalnya. Atau air tembikai susu misalnya.

MOTTO & TEMA

Motto : "Hang tak mai, kepala hang aku putaq!"
Tema : Memperagakan '*topi & kacamata' kedua-duanya sekali. WAJIB kerana ada hadiah untuk peraga bergaya kategori lelaki dan wanita.
Klik sini untuk >>TOPI<< dan >>KACAMATA<< anda sebagai panduan pada hari kejadian.

***
Peringatan 4:
Topi dan kacamata gelap. Paling best ada hadiah misteri menanti anda untuk peraga bergaya.



SENARAI KABINET
Untuk tujuan, itu. Senarai kabinet untuk menjayakan gathering setakat kali ini (akan dikemaskini dari semasa ke semasa) adalah seperti berikut :

Pengarah Projek :
Talip (emel: sangasura78@yahoo.com)

Timb. Pengarah :
Jaja (emel: sama di atas)

Ketua Setiausaha:
Sfdin (emel : atochsmart2@yahoo.com )

Unit Kewangan :
Shaliza (emel : xsara_60@yahoo.com)

Unit Lojistik & Hal Ehwal Penginapan :
Presiden & Timb.

Unit Agenda/Aturcara :
Rosmawati (emel: r_mawatie@yahoo.com)
Fazliana (emel :

Unit Buku X-Press-C (aturcara) :
Asmidah (emel : ntah_laa@yahoo.com)
Lynn (emel : alynn1178@yahoo.com)

Unit grafik/ desain muka depan/ banner :
Abe (emel : mohd.fauzi@mpk.gov.my)

Unit Cenderahati/ Hadiah & DoorGift :
Eran (emel : maira_505@yahoo.co.uk)

Unit Sukan Rakyat :
Misai (emel : hisyammnf@yahoo.com)

Unit Makanan Gizi Seimbang :
Zammail (emel : zamail@hotmail.com)

Unit Tazkirah :
Adi Selama

Unit Perhubungan dan promosi :
Semua ahli.

Nota : Ada lagi AJK yang tertinggal? Sila usul?

KEHADIRAN

Sila Hubungi HOST (019-4646628, 013-4001011 atau 012-5771296) untuk kehadiran atau maklumkan kepada ahli KABINET yang terdekat sebelum 18 April 2008. Atau kalian terima SMS berbunyi begini :

Salam. Cuma nak comfirmation samada dapat join Gath Perdana XSBP (1-4 Mei 08) di Alor Setar. Balas YA jika setuju. TIDAK jika xdapat pergi. XPASTI jika masih kabur.

Sila reply SMS ini. Rujuk senarai nama di SINI

***
Peringatan 5 :
Jika kalian TIDAK HADIR. Alasan yang diberi perlu menyatakan sebab yang sangat kukuh. Jalan penyelesaian terbaik adalah berbincang kan?
Jika kalian HADIR. Semua akan suka dan bertepuk gembira (kalau kalian bawa baby comel bersama misalnya). Tapi belum tentu isteri / suami kalian suka. Timbang-timbangkanlah ya... Keputusan di tangan ketua keluarga. Haha!


PEMBAYARAN

Mekanisme pembayaran untuk GATH kali ni dicadangkan seperti berikut:
Pakej 1 : Individu / Masih Bujang
Bayaran RM50 per kepala.

Pakej 2 : Berkeluarga
Bayaran RM50+RM20 (untuk yang bawa pasangan pada hari kejadian) - Anak-anak PERCUMA

Segala bayaran adalah merangkumi perkara-perkara berikut SAHAJA:
1/ Wang Pendaftaran [Doorgift, Buku Aturcara]
2/ Wang Hadiah [Hadiah Hamper Sukan Rakyat]
3/ Wang BBQ [Bahan masakan]

*Lain-lain pembayaran ditanggung oleh SENDIRI. Harap Maklum.
Semua pembayaran boleh di bank in ke akaun 162106331835 (Abd. Talip Abd. Rahman) dan memberitahu beliau apabila wang dimasukkan. Atau kalain boleh bayar masa pendaftaran.



SENARAI NAMA AHLI MASIH HIDUP


Senarai nama adalah seperti berikut. Semuanya masih hidup dan setakat ini masih belum terima berita akan pemergian sesiapa. Senarainya adalah seperti berikut (KLIK SINI!)

*Jika ada yang tertinggal sila maklum di alamat emel mmynas@yahoo.com atau klik pada KOMEN dengan tajuk. NAMA SAYA TERTINGGAL. Sila berikan nama anda dan butir-butir lanjut.

***
Jika semua hadir, secara matematiknya. 64 x 2 / 4.5 (purata isi rumah Kebangsaan) = 128 orang akan mememenuhi Aloq Setaq. Mungkin lebih. Mungkin lebih kurang. Mungkin muka-muka tu juga. Kita tunggu. Bagi kalian yang maklum tentang ini.

Sila sampaikan kepada rakan-rakan yang lain melalui SMS dan dari mulut ke mulut. Alahai, jangan buat lupa pula ya.

Dari sekarang bolehlah dipromosikan. Promo. Promo. Promo. Gunakan link http://tebabo.blogspot.com/

TAMAT.
___




Tarikh urutan dikemaskini
1/ 18 Mac
2/ 19 Mac
3/ 24 Mac
4/ 02 April
5/ 15 April

6/ 23 April

9 Comments:

Anonymous Anonymous said...

sesuka ati je buh emel salah....
kang kalo emel tak smpai, jgn salahkan empunya diri ek..
hahaha..
ni la emel betul : maira_505@yahoo.co.uk ( dah pindah dok UK la...)

10:28 PM

 
Anonymous Anonymous said...

point taken

2:16 AM

 
Anonymous Anonymous said...

kena buat meeting jawatankuasa bertindak

10:38 PM

 
Anonymous Anonymous said...

Shaiful Nizam Shafingi
No. Matrik : AB960352

Kepada :

Saifuddin Marsuk
Ketua Setiausaha 'Gathering XSBP'

Perkara : Makluman Ketidakhadiran 'Gathering XSBP'

Merujuk perkara di atas, saya Shaiful Nizam Shafingi (No. Matrik : AB960352) dengan ini mengesahkan Ketidakhadiran pada 'Gathering XSBP' yang akan berlangsung pada 1 - 4 Mei 2008 ini di Alor Setar.

2) Aku x dapat pergi pasal orang rumah tengah menunggu hari (sesetengah org panggil due) bulan april ni.

3) Kat X-SBP sesi 1996/01 yang lain, kalau x de keuzuran pergilah ... merapatkan silaturahim sesama kita.

4) Kepada Atoq, sampaikan salam aku kepada semua yang boleh sampai kat Alor Staq tu

5) Kepada semua 'SELAMAT BERGATHERING'

Wassalam,

Yang Benar,

TT

6:57 AM

 
Blogger dodol melaka said...

salam salam dulu. lama tak dengar cite.

8:26 PM

 
Blogger gusiashemm said...

kalu sampai ado la den kat sane

11:00 PM

 
Anonymous Anonymous said...

Assalamualaikum...

Penganjur n kawan2

aku mintak maaf, rasanya tak dapat hadir (Aku dah adjust masa aku n masa Dato', tapi Dato daerah aku ni degil skit,terpaksa aku beralah...) ada program bersama Dato; YDP pada 3hb n Kejohanan Woodball daerah pada 4hb. Aku terpaksa la entertain Dato' yg dah nak pencen tu...he he he...

Sory bebanyakla kengkawan semua..
Salam sayang utk semua...mmmmuahhh...

7:27 PM

 
Anonymous Anonymous said...

Assalamualaikum...

Penganjur n kawan2

aku mintak maaf, rasanya tak dapat hadir (Aku dah adjust masa aku n masa Dato', tapi Dato daerah aku ni degil skit,terpaksa aku beralah...) ada program bersama Dato; YDP pada 3hb n Kejohanan Woodball daerah pada 4hb. Aku terpaksa la entertain Dato' yg dah nak pencen tu...he he he...

Sory bebanyakla kengkawan semua..
Salam sayang utk semua...mmmmuahhh...

LIA

7:28 PM

 
Anonymous Anonymous said...

Ni emel lia..fazlianapz@yahoo.com

6:49 PM

 

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home