SEBUAH PROJEK KHAS YANG BAKAL MENGGEGARKAN DARI SELATAN TANAH AIR SEHINGGA UTARA SEMPADAN MERANGKUMI KEPULAUAN BORNEO UNTUK DINIKMATI OLEH MEREKA YANG GEMAR PADA BINATANG BERKAKI DUA.

Sunday, February 24, 2008

Jiwa Hadhari

Hari Ahad, 24 Februari 2008. Kami berpakat-pakat untuk menemui mayat penggali kubur sebenarnya. Ops! Maafkan kami penunggu gua. Jiwanya masih hidup untuk jiwa hadahari kami. Hakikatnya, orang yang hidup membaca talkin bukan untuk orang yang mati tetapi untuk orang yang hidup mengambil pengajaran. Pengajaran selamanya. Bukan sebentar cuma. Samalah seperti kejadian ini, pihak penganjur menjemput orang yang jiwanya masih hidup berkumpul bukan untuk ketemu orang yang jiwanya sudah dikatakan mati. Tetapi untuk yang jiwanya masih hidup. Kalau ada masa terluanglah. Kalau sibuk dengan urusan dunia dimaafkanlah. kalau sibuk dengan urusan ukhrawi lagi dimaafkan. Kalau kau takut jumpa mayat. Satu hari kau akan mati. Kau faham-fahamlah sendiri. Ha ha ha.

Pertemuan yang singkat. Sangat manis. Tak mengecewakan. Sungguh. Terima kasih kepada jiwa hadhari yang masih hidup datang bertemu. Bukan untuk siapa. Untuk jiwa yang masih hiduplah. Persetankan jiwa yang sudah mati. kita seharusnya memafkan dia kerana wataknya yang dibawa kali ini bukan watak yang dulu. Anggaplah watak dia yang dulu dah mati. Dia muncul watak baru sebagai coach pasukan kebangsaan Futsal PLKN (Kebangssan) Siri 5/2008. Fuh!

Sebenarnya, jurukamera ingin menangkap gambar SPONGEBOB SQUAREPAINTS yang cantik. Bukan handbag yang tak cantik dengan latar belakangnya lelaki-lelaki yang punya masa depan.


Kami bukan di alam barzakh ketika ini. Percayalah. Kami sedang berpeleseran menonton futsal.


Lelaki ini bukan hensem sangat pun. Cuba perhatikan lelaki yang berbaju hitam membawa botol bekal air takut kehausan. Kau perlu tahu haus dan dahaga sangat berbeza.



Sudah pastinya semua tidak takutkan lelaki yang dikatakan wataknya telah mati. Kalian tak perlu takut kerana satu hari kalian juga akan mati dan dihidupkan kembali. Percayalah. Rukun Iman enam perkara.


Foto ini sengaja tidak dikalerkan untuk menggambarkan versi lama. ya, betapa lamanya kami berjumpa sampai sempat untuk melantak dan membuang air sebanyak dua kali. Alahai...


Selesai. Foto ini sengaja tonanya dilaras mengikut kesesuaian persekitaran suasana perkuburan tasik. Dengan dedaunan gugur ibarat selepas musim luruh. Maklumlah, talkin dibaca untuk jiwa yang masih hidup. Mana lagi jiwa yang masih hidup? Ini saja ka? Huhuhu.

Maaf seadanya. Angaplah entri ini gurauan kalian dan halwa telinga saja.
Jumpa kalian di lain masa.

Next gathering : Zon Utara. Hos : Talip&Jaja